Bencana alamNasional

16 keluarga tanah runtuh Sg Ruil, Cameron Highlands dapat kunci kuarters

MANGSA tanah runtuh di Sg. Ruil, Cameron Highlands pada 12 Oktober lalu boleh menjalani kehidupan selesa selepas menerima kunci kuarters penempatan sementara bermula 1 Februari lalu dari pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang.

Pelbagai bantuan telah diberikan oleh agensi berwajib bagi meringankan beban 16 keluarga yang terjejas.

Malah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, Datuk  Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri (TPM) juga turut bersama mendengar taklimat oleh agensi berwajib ketika lawatan beliau pada 6 Januari lalu serta berkesempatan menyantuni penduduk terlibat yang berteduh di Dewan Komuniti Sg Ruil.

Majlis penyerahan yang telah diadakan pada 5 Februari, disampaikan oleh Pengurus Besar TNB Negeri Pahang, Datuk Baderul Sham Saadni pada satu majlis simbolik penyerahan kunci Kuarters TNB Sg Ruil kepada pihak JAKOA.

Turut hadir Ahli Parlimen Cameron Highlands merangkap TimbalanDewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor, ADUN Tanah Rata,Ho Chi Yang serta Ketua Pengarah JAKOA, Datuk Sapiah Mohd Nor.

Pihak JAKOA juga ingin menyampaikan setinggi penghargaan kepada TNB yang telah menjalankan kerja-kerja baik pulih kuarters melibatkan cat, rewiring, piping secara CSR dengan nilai RM103,000 dan pengecualian deposit sewaan selama tiga bulan.

TNB juga berbesar hati dengan memberi sumbangan berupa periuk nasi elektrik bagi setiap ketua isi rumah (KIR) yang mendiami kuarters tersebut sehingga kerja-kerja pembaikan cerun dijangka selesai pada November 2025. – SM

BACA 4 dipercayai tertimbus tanah runtuh di Cameron Highlands

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button