Nasional

Minggu perpaduan negara sebar semangat kebersamaan, PM

PENGANJURAN Minggu Perpaduan Negara amat penting dalam menyebarkan semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia juga dapat menyebarkan ilmu, pemahaman dan membolehkan rakyat Malaysia menghargai kepelbagaian budaya dan segmen negara yang dapat menyemai semangat patriotisme, tambahnya.

Perdana menteri berkongsi dalam catatan Facebook bahawa beliau telah menghadiri sambutan Minggu Perpaduan Nasional peringkat kebangsaan di Kuching, semalam.

“Saya kagum dengan kepelbagaian persembahan yang mempamerkan unsur perpaduan yang dikecapi oleh semua orang walaupun dengan cuaca panas di Kuching,” tulisnya.

Sambutan Minggu Perpaduan Negara 2023 yang berlangsung dari 20 hingga 28 Mei ini akan diadakan di 15 lokasi seluruh negara termasuk di Dataran Bertam, Pulau Pinang; Dewan Masyarakat Papar, Sabah; Dataran Tasik Kluang, Johor dan Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan, Pahang.

Dengan tema ‘Perpaduan dalam Kepelbagaian’, objektif utamanya adalah untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan menyebarkan ilmu, pemahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian budaya dalam masyarakat Malaysia. -SM

Baca juga : KPM umum 10 inisiatif hargai sumbangan guru

 

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button