Nasional

Mahkamah Paris kekalkan penangguhan anugerah kepada waris Sultan Sulu

MAHKAMAH Rayuan Paris mengekalkan penangguhan bagi Malaysia terhadap penguatkuasaan anugerah akhir kepada pihak mendakwa waris sultan terakhir Sulu.

Sekretariat khas kerajaan yang mengendalikan isu itu berkata, mahkamah tersebut memutuskan bahawa cabaran waris Sulu terhadap perintah penangguhan itu “tidak boleh diterima”.

“Oleh itu, penangguhan yang diperoleh Malaysia pada 12 Julai 2022 untuk penguatkuasaan anugerah akhir itu kekal,” katanya dalam satu kenyataan.

Awal bulan ini, sekumpulan individu yang mendakwa diri mereka bailif mahkamah pergi ke Kedutaan Malaysia di ibu negara Perancis untuk meminta akses masuk ke premis itu.

Kakitangan diplomatik bagaimanapun menolak permintaan itu dan mereka pergi tidak lama selepas itu. – SM

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button