NegeriPolitik

Ahmad Samsuri Mokhtar angkat sumpah Menteri Besar Terengganu

NAIB Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu, hari ini.

Ahmad Samsuri, 53, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu padda kira-kira jam 3.18 petang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang dilantik semula ke jawatan itu selepas PN menyapu bersih 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu, Sabtu lepas.

Turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Terengganu itu ialah Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.

Majlis tersebut turut dihadiri barisan kepimpinan barisan kerajaan PN.

Ahmad Samsuri mempertahankan kerusi DUN Ru Rendang pada PRN Terengganu untuk dua penggal berturut-turut.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman dengan majoriti 17,286 undi selepas memperoleh 20,927 undi, manakala Suhaimi mendapat 3,641 undi.

Buat pertama kali dalam sejarah politik baharu, DUN Terengganu tidak mempunyai pembangkang selepas PN berjaya menyapu bersih 32 kerusi pada PRN yang berlangsung pada Sabtu lalu, 12 Ogos. – SUMBER SINAR HARIAN – SM

BACA [RASMI] Ahmad Samsuri pertahan kerusi Ru Rendang

BACA Ahmad Samsuri ulas spekulasi beliau tersepit dengan pihak istana

(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button