HiburanTeater

Teater ‘Batu Belah’ tetap diteruskan walaupun bertembung PRN

Persatuan Teater Hidayah tetap meneruskan persembahan di Dewan Tunku Abdul Rahman (Matic) walaupun tarikh 12 Ogos tersebut bertembung dengan Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsung pada tarikh yang sama.

Menurut pengarah teater tersebut, Yusry Kamaruzzaman, peracagan persembahan itu sudah dibuat lebih awal bersama produksi malah tempahan dewan juga sudah dibayar.

Pengarah Teater Yusry Kamaruzaman

“Kami telah memulakan sesi latihan sejak bulan akhir 20 Jun dengan kesemua pelakon 30 pelakon termaksud dengan produksi seramai 70 orang

“Walaubagaimana pun saya dan kumpulan tetap teruskan biarpun bertembung dengan PRN, kerana ini semua semangat dari para produksi.” Katanya semasa sesi sidang media.

Persembahan teater purbawara ini menampilkan nyanyian gurindam, seni silat, tarian tradisional, terdapat unsur kekaguman dan aksi semuanya di bawah satu pentas.

‘Batu Belah’ mengisahkan satu keluarga yang tidak punya apa-apa, ayah meninggal dan ibu merajuk lari hingga ditelan batu, semuanya kerana keperluan keluarga dalam serba kekurangan. Percayalah kerana ketentuan.

Menampilkan Zack Kool dalam teater Batu belah

Allah yang berkuasa, akhirnya siapa sangka keterlantaran adik dan kakak ke Desa Kerayong, dibela oleh seorang nenek dari kecil hingga dewasa dan dibawa TUAH seekor ayam jantan seseorang dapat bertakhta sebagai raja muda seterusnya berkahwin dengan seorang puteri jelita?

Dalam dunia yang dipinjamkan buat sementara, berleluasa sifat dengki dan tamak dan inilah yang merosakkan kestabilan sesebuah Negeri.

Bagaimana mungkin, dapat diyakinkan segala yang buruk ada nohtahnya. Lantas, ‘Batu Belah’ mengajak semua kanak-kanak, para remaja, pemimpin keluarga dan para pemimpin mengambil pengajaran melalui kisah duka dan indah ini.

Bakal dipentaskan pada 11 sehingga 13 Ogos 2023 ini oleh kelab teater Hidayah.

Teater Batu Belah

Menampilkan pelakon popular Datuk Jalaluddin Hassan, Zack KoolLan Zailan dan pempegaruh terkenal Pangiran Aduka serta ramai lagi.

Tiket dijual pada harga RM25, Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh terus ke media sosial rasmi kami, Instagram teater_hidayah dan facebook Teater Hidayah atau hubungi Ika Angahlj di 0125550170. – SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button