Hiburan

Dapat idea bikin lagu selepas tonton drama Cina

MUNCUL dengan single terbaharu berjudul Tanda Setia, ada kisa sebenarnya disebalik penghasilan lagu yang dinyanyikan Nomad.

Menurut Nomad, lagu tersebut adalah hasil inspirasi selepas dia melihat sebuah drama Cina.

“Drama itu merupakan sebuah kisah yang begitu menarik perhatian dan mengusik jiwannya sehinggalah tercetusnya ilham serta terhasilnya Tanda Setia.

“Jalan cerita yang dipaparkan sangat memberikan kesan kepada saya kehidupan sepasang suami isteri yang sudah berusi, tetapi terpaksa berhadapan hakikat kehilangan pasangan mereka.

“Setiap kali ulang tahun kelahiran, si suami menyediakan kek untuk menyambutnya sendiri tanpa kehadiran insan tersayang. Dia tetap akan menyambut hari lahir sendirian dan berharap semuanya akan segera berakhir,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Namun menurut Nomad, penghasilan lagu itu tidaklah semudah yang disangka dan terpaksa menunggu lama sebelum berjaya disiapkan.

Ujarnya, dia terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum lagu tersebut dapat dirakam dan dilancarkan.

“Ada beberapa sebab tertentu yang membuatkan saya terpaksa tangguh rakaman lagu tersebut sehinggalah sekarang.

“Lagipun, kembalinya saya ke industri seni selepas menyertai program Gegar Vaganza dilihat sebagai waktu yang tepat untuk mengeluarkan single ini,” jelasnya.

Tambahnya, dia juga telah menghantar lagu berkenaan ke sebuah studio di Amerika Syarikat untuk proses akhir. -SM

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button