fbpx


Nasional

Edar cai, lapor SPRM dibenar

“LEBIH baik kacau imej Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada parti terus mengekalkan pemimpin-pemimpin yang korup.”

Demikian tegas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya ketika ditanya imej negatif yang mungkin terpalit kepada parti setelah ahli parti turut dibenarkan melapor kes-kes politik wang sepanjang pemilihan Bersatu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selain kepada lembaga disiplin parti.

Tegas beliau, Bersatu bersikap terbuka jika ahli Bersatu mahu melaporkan terus kes-kes atau dakwaan politik wang melibatkan calon tertentu kepada salah satu badan berkenaan.

“Kita bukan seperti parti terbabit yang melarang ahli melapor kepada agensi pencegahan rasuah tetapi hanya terhad kepada lembaga disiplin jika ada dakwaan berlaku politik wang.

“Ini kerana rasuah musuh nombor satu Bersatu.


“Maka, kalau ada segala bukti dalam bentuk video, visual, mesej WhatsApp atau apa sahaja yang boleh mengaitkan seseorang calon dengan amalan politik wang, silalah buat laporan kepada Lembaga Disiplin parti (yang dipengerusikan Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas) atau SPRM,” kata beliau kepada Suara Merdeka ketika ditemui kelmarin.

Ditanya jika ada calon mengedarkan cai atau senarai pilihan kepada perwakilan cawangan atau bahagian semasa pemilihan, Marzuki berkata, perkara itu juga bukan suatu masalah buat parti.

“Buat senarai yang lebih dipanggil cai perkara biasalah dalam pemilihan terutama untuk sebuah parti baharu yang sudah pasti ramai kalangan ahli tidak mahu keliru dalam buat pemilihan nanti.

“Tetapi janganlah berebut jawatan sehingga merosakkan parti,” katanya.

Bersatu menetapkan tarikh persidangan bahagian sehari serentak di seluruh negara pada 18 April depan sebagai hari pemilihan atau pengundian untuk peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) melibatkan pengisian 25 ahli MPT, tiga naib presiden, timbalan dan presiden.

Penamaan calon untuk MPT ditetapkan pada 16 Mac.Daripada 191 bahagian, hanya dua iaitu bahagian Maran dan Indera Mahkota di Pahang tidak dibenarkan bersidang kerana gagal menubuhkan cawangan. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button