AgamaNegeriRencah Hidup

TM Berhad sampaikan zakat perniagaan RM542,590 kepada MAIPs

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang penerima sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 7/2024 di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Jalan Kuala Perlis.

TELEKOM Malaysia (TM) Berhad menyampaikan zakat perniagaannya bagi tahun 2022 berjumlah RM542,590 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Pengurus Besar, State Regulatory & Engagement, TM Perlis & Kedah, Yusof Omar
mempersembahkan sumbangan tersebut kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Jalan Kuala Perlis.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang penerima sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 7/2024 di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Jalan Kuala Perlis.

Majlis tersebut diadakan sebelum solat Jumaat sempena Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 7 bagi tahun 2024.

Seramai 20 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan menerima sumbangan agihan zakat MAIPs daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra berjumlah RM700 setiap seorang dengan jumlah penuh pada kali ini ialah RM14,000.

Pengarah SWCorp Negeri Perlis, Shamsuharizal Basir menyampaikan sesi taklimat Hijrah Minda dengan tajuk amalan kebersihan dan pembudayaan kitar semula dengan mengfokuskan rakyat Perlis yang bermentaliti kelas pertama dalam aspek kebersihan pada setiap masa.

Tuanku Syed Sirajuddin juga berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Batu 5, Jalan Kuala Perlis.

Turut diadakan ialah promosi pengambilan pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail juga berkenan berangkat solat Jumaat di masjid berkenaan. – SM

(Visited 26 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button