Politik

Pelepasan tanpa bebas Ku Nan dikaitkan dengan pembelian tanah di Johor

LEPAS tanpa bebas diberikan kepada Bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipercayai mempunyai kaitan dengan pembelian tanah.

Keputusan itu dikatakan terdorong oleh satu isu yang timbul melibatkan seorang pemilik syarikat pemaju hartanah, Datuk Tan Eng Boon.

Eng Boon sebelum ini mengaku tidak bersalah kerana merasuah Tengku Adnan atau Ku Nan dengan sejumlah wang RM1 juta.

Bagaimanapun, beliau kemudian menukar pengakuan dengan mengakui kesalahannya menyebabkan didenda RM1.5 juta oleh Mahkamah Tinggi pada September 2019.

Namun, Eng Boon hanya dikenakan denda sahaja dan tidak dipenjarakan.

“Kes yang dimulakan oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas (Tan Sri) di bawah ‘Gagalkrasi’ PH (Pakatan Harapan) ini amat pelik.

“Pada permulaannya, seorang developer bernama Datuk Tan Eng Boon didakwa bersama Ku Nan di atas tuduhan Eng Boon memberi rasuah RM1 juta kepada Ku Nan.

“Masa itu, Eng Boon mengaku tidak bersalah dan tegas bahawa ia adalah derma politik untuk digunakan dalam dua PRK (Pilihan Raya Kecil) (Kuala Kangsar dan Sungai Besar) yang sedang dihadapi Barisan Nasional (BN) masa itu.

“Namun selepas itu, pendakwa raya di bawah Tommy masa itu memberi deal kepada Eng Boon.

“Akan tetapi apabila kes ini mula dibicarakan di Mahkamah pada bulan September 2019 lalu, Eng Boon tiba-tiba menukar pengakuan dia.

“Dia kini mengaku bersalah memberi rasuah RM1 juta kepada Ku Nan.

“Hakim (yang juga hakim sama untuk kes SRC saya) pun menjatuhkan hukuman ke atas Eng Boon.

“Eng Boon didenda RM1.5 juta kerana rasuah tanpa dikenakan apa-apa hukuman penjara.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam Facebooknya mengulas keputusan Mahkamah Tinggi membebas tanpa melepaskan Ku Nan hari ini.

Beliau berkata demikian dilihat menimbulkan munasabah terhadap keraguan disebalik tuduhan kepada Ku Nan berhubung satu kes rasuah.

Ini kerana, Najib Razak memberitahu terdapat satu urusan jual beli hartanah didakwa melibatkan Eng Boon dengan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

TENGKU ADNAN

Katanya, Kerajaan PH Johor bersama syarikat milik kerajaan (GLC) dan badan berkanun itu menjual sebidang tanah seluas 31 ekar di Iskandar Malaysia.

“Dua bulan kemudian iaitu Disember 2019, keluarga Eng Boon diberi peluang secara senyap-senyap untuk membeli tanah Iskandar dari kerajaan PH dengan harga cuma RM45 satu kaki persegi.

Kerajaan PH Johor bersama Khazanah Nasional dan KWSP telah menjual tanah dengan keluasan 31 ekar di Iskandar Malaysia dengan harga RM61 juta (atau RM45 satu kaki persegi).

“Hari ini, mahkamah diberitahu bahawa pendakwaan terhadap Ku Nan ditarik balik sebab ada “perkembangan baru dengan seorang saksi”.

“Kita tunggu penjelasan apa perkembangan baru yang dimaksudkan ini dan jika telah berlakunya salah guna kuasa perundangan semasa gagalkrasi PH bermaharajalela,” ujar Najib.

Terdahulu Suara Merdeka memetik laporan Bernama melaporkan Ku Nan yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Tinggi atas pertuduhan menerima rasuah RM1 juta oleh seorang ahli perniagaan pada 2013.

Bagaimanapun, Ku Nan mengaku tidak bersalah dan menafikan tuduhan tersebut serta mendakwa wang tersebut merupakan sumbangan bagi kempen politik bagi PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. – SM

(Visited 515 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button