Nasional

Ahmad Samsuri ulas spekulasi beliau tersepit dengan pihak istana

DATUK Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan beliau masih Menteri Besar Terengganu yang sah di sebalik spekulasi bahawa beliau tersepit dengan pihak istana.

“Saya masih Menteri Besar yang sah,” kata  ketika mengulas spekulasi itu.

Memetik laporan Utusan Online Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, isu pertukaran Menteri Besar tidak timbul sebaliknya laporan polis telah dibuat berhubung fitnah itu.

Katanya, beliau menyerahkan isu berkenaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Kalau pasal itu, saya bangun pagi ini masih lagi MB (Menteri Besar) yang sah lagi walaupun ada 10 gambar (individu) jadi MB, bertukar setiap jam.

“Setakat ini, masih MB yang sah (dan) tak timbul lagi apa-apa isu, biar polis jalankan siasatan,” katanya ketika ditemui selepas melawat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Su, di Kuala Terengganu hari ini.

Sebelum ini Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhyiddin Abdul Rashid telah membuat laporan polis berhubung artikel yang disiarkan sebuah portal yang disifatkan sebagai fitnah dan tidak betul pada Selasa lalu.

Dakwaan yang disiarkan dalam artikel itu adalah beliau kini tersepit dengan pihak istana serta wujud usaha daripada dalam Pas untuk mengambil alih jawatan jawatan itu.

(Visited 602 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button