Politik

[RASMI] Ahmad Samsuri pertahan kerusi Ru Rendang

MARANG: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu untuk dua penggal berturut-turut.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Suhaimi Sulaiman dengan majoriti 17,286 undi selepas memperoleh 20,927 undi, manakala Suhaimi mendapat 3,641 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Lizan Che Mat pada 9.08 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Utama Majlis Daerah Marang di sini malam ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Ahmad Samsuri menang dengan majoriti 6,028 undi dalam pertembungan tiga penjuru mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Nik Dir Nik Wan dan Zarawi Sulong (PKR).

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button