Politik

Zuraida hantar surat bercuti dari tugas Naib Presiden PKR

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin telah menghantar surat untuk bercuti daripada jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata, surat tersebut telah diserahkan kepada pejabat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar.

Surat itu antara lain menyebut Zuraida akan bercuti sehingga Lembaga Disiplin parti selesai membuat keputusan mengenai tindakan yang akan diambil terhadap Ahli Parlimen Ampang itu.

“Cuti itu berkuatkuasa serta-merta. Surat cuti daripada menjawat jawatan dalam parti khususnya Naib Presiden PKR itu adalah sehingga prosiding tatacara yang akan dilakukan oleh Lembaga Disiplin selesai,” kata Hizwan dalam sidang akhbar hari ini.

Hizwan juga berkata, Zuraida turut menghantar sepucuk surat kepada  kepada Lembaga Disiplin parti itu memohon supaya tindakan disiplin terhadapnya ditanggungkan.

Ia bagi tujuan tindakan lanjut daripada Lembaga Disiplin setelah Zuraida mendapat dua surat tuntutan saman daripada Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador.

Dalam pada itu Zuraida akan meneruskan tanggungjawab beliau sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

 

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button