Politik

PN sedia kerjasama dengan mana-mana parti bentuk Kerajaan Persekutuan – Muhyiddin Yassin

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil membuat kenyataan yang telah dirangka bersama Majlis Kepimpinan Tertinggi PN dalam satu mesyuarat khas berkata, PN sedia bekerjsama dengan parti-parti lain untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Kenyataan yang telah kami rangka keputusan PRU berkaitan dengan PN, mesyuarat khas Majlis Kepimpinan Tertinggi PN sebentar tadi.

“Syukur pada Allah atas 73 kerusi PN menang termasuk 22 calon PN yang bertanding menggunakan logo Pas.

“Enam kerusi lagi belum selesai dikira oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam sidang akhbar pada pukul 3 pagi ini.

Hadir sama, Mursyidur Am Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Dr. Radzi Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Muhyiddin yang menang untuk penggal ketujuh di Parlimen Pagoh turut menzahirkan penghargaan terhadap para pengundi di seluruh negara yang memberi sokongan padu kepada PN.

“Gelombang sokongan rakyat pada PN terutamanya daripada pengundi muda membolehkan PN mencapai kejayaan luar jangka.

“Tahniah semua calon PN yang menang kerusi masing-masing, setinggi terima kasih dan penghargaan kepada seluruh jentera parti yang bekerja keras, penuh komitmen sehingga PN memperolehi kejayaan luar jangkaan,” ujar beliau.

Muhyiddin juga berkata, bagi pembentukan Kerajaan Persekutuan, PN akan berbincang dengan pimpinan parti-parti lain termasuk di Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.

“Demi menjamin kestabilan, PN mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti yang menerima prinsip perjuangan PN iaitu Prihatin, Bersih, Stabil,” katanya.

Beliau juga berkata, PN mempunyai kerusi yang mencukupi untuk bentuk kerajaan negeri Perlis.

“Andai kata PN berjaya bentuk kerajaan bersama parti-parti lain yang sehaluan, tumpuan PN adalah untuk melaksanakan semua Tawaran PN BEST kepada rakyat semasa tempoh berkempen,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, keputusan adalah amat menggalakkan.

Muhyiddin juga berkata, pihak Istana Negara telah memberi PN perkara-perkara yang perlu disempurnakan mengikut kehendak Yang diPertuan Agong dan berharap dapat dimuktamatkan sebelum petang esok.

Menjawab soalan pemberita, Muhyiddin secara terus terang menolak Pakatan Harapan (PH). – SM

(Visited 391 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button