Nasional

Agong perkenan Proklamasi Darurat di Sarawak ditamatkan

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan untuk menamatkan Prokalmasi Darurat di Negeri Sarawak.

Menurut Paduka Maharaja Lela yang juga pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, perkenan itu selaras dengan Perkara 40 dan 4091A Perlembagaan Persekutuan.

“Perlu diperjelaskan di sini bahawa berdasarkan Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(Sarawak) 2021, Prokalmasi Darurat boleh ditamatkan lebih awal oleh Seri Paduka Baginda setelah berunding dengan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak,” katanya.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud diperkenan menerima mengadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara semalam.

Pada sesi tersebut, Abdul Taib menyampaikan hasrat dan permohonan kerajaan negeri Sarawak kepada Yang di-Pertuan Agong agar Proklamasi Darurat di Sarawak dapat ditamatkan.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara hari ini.

Yang di-Pertuan Agong turut perkenan menerima sembah nasihat daripada Ismail Sabri berhubung penamatan Proklamasi Darurat di negeri itu.

Baginda turut menerima menghadap Peguam Negara Tan Sri Idrus Azizan Harun yang menyembah taklimat berhubung perkara tersebut yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Maka setelah menimbang permohonan Tuan Yang Terutama Yang di-pertua Negeri Sarawak dan memperhalusi sembah nasihat YAB Perdana Menteri serta sembah taklimat Peguam Negara dan pandangan ketua-ketua agensi Kerajaan berkenaan, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan,” kata Azuan Effendy.

Sementara itu Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kegusaran terhadap risiko penularan ja ngkitan Covid-19 sekiranya Pilihan Raya Negeri Sarawak diadakah.

Katanya, perkenan Yang di-Pertuan Agong kepada penamatan Proklamasi Darurat merupakan satu keputusan yang sukar dan rumit.

Namun ianya diperkenankan bagi memenuhi keperluan demokrasi dan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan serta memberi mandat dalam pembentukan kerajaan negeri yang baharu.-SM

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button