fbpx
NasionalPolitik

Kenyataan Ahmad Zahid bukti Muhyiddin hilang majoriti – Saifuddin

KETUA Sektretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution berpendapat, kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai kesahihan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang sokongan majoriti.

Saifuddin berkata, semua tahu bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk oleh Muhyiddin hanya mempunyai kelebihan tiga kerusi sahaja.

“Apabila Zahid menyebut ramai Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, impaknya adalah Muhyiddin sudah hilang majoriti.

“Ayat Zahid sangat spesifik. Beliau mengesahkan ramai Ahli Parlimen UMNO dan BN sokong Anwar Ibrahim. Beliau juga tidak menghalang ahli UMNO untuk berbuat demikian,” kata Saifuddin seperti mana dilaporkan oleh Malaysiakini dalam mengulas kenyataan Ahmad Zahid bahawa UMNO tidak dapat halang sekiranya Ahli Parlimennya bertindak menyokong Anwar.

Untuk rekod, Perdana Menteri mempunyai sokongan 114 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, lebih tiga kerusi daripada majoriti mudah atau simple majority. – SM


Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button