Politik

Dua Ahli Parlimen jumpa PM serah aku janji, masuk Bersatu

DUA Ahli Parlimen mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin di pejabat beliau di Putrajaya hari ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @ Jugah Muyang yang mengumumkan keluar dari PKR semalam berjumpa dengan Muhyiddin untuk menyerahkan aku janji untuk menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu Tambat @ Jugah bertanding sebagai calon bebas dan menang menewaskan calon Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Beliau kemudian menyertai PKR.

BACA Dari Bebas masuk PKR kini Ahli Parlimen Lubok Antu sokong PN

Dalam kenyataannya semalam, beliau turut menyatakan ikrar sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sejurus selepas itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang merupakan Ahli Parlimen Bebas berjumpa dengan Muhyiddin untuk menyerahkan borang keahlian menyertai Bersatu.

Gambar pertemuan itu telah dikongsi di laman Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Kemasukan Syed Abu Hussin Hafiz dan sokongan yang diberikan oleh Jugah sekaligus mengukuhkan kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan juga kedudukan Perikanan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan.

Ketika ini Pakatan Harapan memperhebatkan kempen mendakwa mereka mempunyai bilangan majoriti ahli Parlimen menyokong mereka untuk merampas kembali kerajaan persekutuan daripada Perikatan Nasional.-SM

 

(Visited 456 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button