Nasional

Setelah Harungi Dua Tahun Yang Sukar, SPM 2021 Berakhir Hari Ini

Ku panjatkan syukur kepadaMu Ya Tuhan kerana telah mempermudahkan segala urusan pelaksanaan SPM 2021.
Hari ini selesai kertas terakhir SPM2021.

Petang tadi kami ke Sekolah Menengah Teknik Melaka menyantuni murid yang baru selesai menduduki kertas terakhir mereka.

Kepada anak-anak SPM 2021, sesungguhnya kalian telah melalui tempoh dua tahun yang amat mencabar. Berehatlah seketika anak-anak! Pak cik doakan yang terbaik buat kalian semua.

Kepada guru yang telah mendidik anak-anak SPM 2021 dalam tempoh yang amat sukar, jasa, budi dan usaha kalian amatlah dihargai. Tentunya akan sentiasa terpahat di sanubari anak-anak ini.

Kepada 50,514 petugas peperiksaan di seluruh negara yang bertungkus-lumus memastikan calon di 3,382 pusat peperiksaan dapat menduduki peperiksaan dengan teratur dan lancar, kalian adalah nadi pelaksanaan SPM 2021 yang bergerak bagai sebuah enjin yang teguh dan mantap. Setinggi penghargaan kami titipkan.

Kepada pemeriksa kertas yang telah dan akan memulakan pemeriksaan, setinggi penghargaan di atas sumbangan kepakaran kalian. Kepakaran kalian adalah tunjang untuk memastikan proses keseluruhan peperiksaan berlangsung dengan lancar.

Kepada Lembaga Peperiksaan (LP), tahniah atas segala susun atur yang telah dibuat disepanjang tempoh yang sukar ini.

Sesungguhnya pengalaman menguruskan SPM 2020 membolehkan pelbagai penambahbaikan dibuat dalam pelaksanaan.

Bagi calon SPM 2021 yang terkesan akibat COVID-19, banjir serta sebab lain yang dibenarkan, kami akan usahakan sebaiknya agar peperiksaan SPM sesi kedua bermula 5 April ini akan berlangsung dengan lancar dan selamat.

Kredit : Dr. Radzi Jidin

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button