NasionalPolitik

Wan Saiful lepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu

AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu.

Wan Saiful berkata, beliau telah meminta parti membenarkannya berbuat demikian ekoran pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

“Saya sudah mohon kepada Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Majlis Tertinggi untuk menggantikan saya dengan orang lain sebagai Ketua Penerangan.

“Sata sudah maklumkan kepada Presiden dan Setiausaha Agung (Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan  keputusan saya, tetapi keputusan akhir akan diputuskan oleh parti,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Semalam, Wan Saiful didakwa menerima rasuah RM6.9 juta dan meminta jumlah yang tidak ditentukan berhubung projek jalan raya RM232 juta yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa. -SM

 

(Visited 408 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button