Nasional

Spritzer sumbang 25,000 air mineral kepada mangsa banjir

Spritzer Malaysia, pengeluar air mineral semulajadi paling laris di Malaysia, telah mengedar air mineral dalam usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Sejak 7 Januari lalu, Spritzer telah menghulurkan bantuan berbentuk air mineral di kawasan terjejas banjir di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu. Sehingga kini, lebih daripada 25,000 botol air mineral telah diedarkan dan lebih banyak akan disumbangkan dalam usaha yang berterusan ini.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, dengan sokongan penuh subsidiari dan pengedar Spritzer, Syarikat dapat memberikan bantuan di seluruh negara, termasuk kawasan yang terjejas akibat banjir.

Syarikat mempunyai sejarah yang panjang dalam menyumbangkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dan berharap bantuan terbaru ini akan membantu mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir ketika pandemik COVID-19 yang sudah cukup menjejaskan ramai orang.

Petugas Spritzer di pusat pengedaran Spritzer di Pahang.

Wakil Spritzer menyerahkan sumbangan air minuman kepada mangsa banjir di Johor.

“Air yang bersih dan selamat untuk diminum adalah penting untuk mangsa-mangsa banjir kerana ia berperanan penting dari mengelakkan penyakit dan pada masa sama, mengekalkan tahap hidrasi mereka,”kata Spritzer.

Spritzer sentiasa percaya kepada konsep menyumbang kembali kepada masyarakat dan Syarikat sentiasa bersedia untuk menyediakan air yang bersih dan selamat diminum memandangkan apabila berlakunya situasi banjir, sumber air tempatan akan tercemar dan tidak selamat untuk digunakan, malah untuk tujuan membersihkan badan.

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button