Nasionalpilihan

Isu royalti pasir: SPRM minta pihak miliki bukti tampil beri maklumat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron berhubung isu pembolotan projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka.

SPRM dalam kenyataannya berkata, mana-mana pihak yang memiliki maklumat atau bukti salah laku rasuah dan penyelewengan berhubung isu berkenaan diminta tampil untuk memberi kerjasama kepada SPRM.

Ingin ditegaskan bahawa kegagalan untuk melaporkan mana-mana salah laku di bawah Akta SPRM merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 25 Akta SPRM 2009.

Dalam pada itu, SPRM juga akan menghantar pegawai untuk mengadakan perjumpaan dengan Datuk Seri Idris Haron bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan Idris mendakwa terdapat pemimpin UMNO di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir.


Idris mendedahkan disebabkan perkara itu, beliau terpaksa menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka untuk menyelamatkan UMNO daripada ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. -SM

(Visited 33 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button