Nasional

Veveonah: Zahidi lakukan kesilapan

TIMBALAN Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin telah melakukan kesilapan apabila menyatakan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin sebenarnya tidak menduduki peperiksaan ketika video yang dirakamkan menjadi tular.

Oleh itu, beliau perlu membetulkan kesilapan itu dalam hansard di Dewan Negara.

“Yang Berhormat Timbalan Menteri akan memperbetulkan dan kenyataan itu sudah tercatat dalam hansard.

“Pada saya, itu adalah satu kesilapan dan beliau sudah pun memohon maaf,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Tanjak Merdeka, Warisan Melayu Malaysia, di lobi kementerian itu, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jawapan Zahidi dalam Dewan Negara yang kontroversi apabila mengatakan hasil siasatan kementerian mendapati, Veveonah sebenarnya tidak menduduki peperiksaan ketika videonya memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet menjadi tular.

Kisah Veveonah tular apabila dia memuat naik video memanjat pokok di kampungnya di Pitas, Sabah bagi mendapatkan isyarat melayari untuk menjawab soalan peperiksaan dalam talian. – SM

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button