JenayahNasionalpilihan

Rusuhan depan tokong, 24 orang telah ditahan polis

JUMLAH tangkapan membabitkan insiden rusuhan di sebuah tokong di ibu negara Selasa lalu meningkat kepada 24 orang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pada hari kejadian ketika rusuhan berlaku, pihaknya telah menahan sebanyak empat lelaki berusia 18 hingga 50 tahun.

“Kesemua suspek telah direman sehingga semalam di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Pada kelmarin pula, kira-kira pukul 8.30 malam, kita telah menahan dua lagi lelaki berusia 38 dan 56 tahun,” katanya.

Menurut Muhammad Idzam, tangkapan ketiga pula dilakukan pada semalam kira-kira pukul 1.30 pagi di mana pihaknya telah mengepung kawasan tokong untuk membuat tangkapan.

“Pihak tokong telah menyerah diri serta menyerahkan satu surat permohonan maaf yang ditujukan kepada kita.

“Kita kemudian telah menahan seramai 12 lelaki dan enam wanita yang berusia lebih kurang 18 hingga 84 tahun,” katanya.

Jelasnya, pihaknya kini sudah menangkap kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian rusuhan tersebut.

Ujarnya, pihaknya bagaimanapun membebaskan dua orang saspek dengan jaminan polis atas faktor usia.

“Kesemua suspek sudah ditahan reman dan dibebaskan pada semalam,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 30 individu menghalang dan menyerang anggota polis kerana membantah pembinaan pagar penghadang bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sebuah sekolah berhampiran sebuah tokong di Salak Selatan.

Sebelum ini beberapa individu telah ditahan berikutan kejadian berkenaan.

Dalam video yang tular di media sosial beberapa orang kelihatan membawa kayu panjang dan menyerbu ke arah beberapa anggota polis yang sedang bertugas. -SM

(Visited 327 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button