NasionalNegeriRibut

Raja Muda Perlis ucap takziah kepada mangsa ribut

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menitipkan ucapan takziah kepada semua mangsa ribut di Perlis pada petang semalam.

Baginda bertitah agar kesemua mangsa dapat mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta mengambil langkah proaktif bagi memastikan dokumen dan barang berharga dalam keadaan selamat.

“Semua mangsa yang terlibat dinasihatkan agar dapat menyalurkan maklumat mengenai keadaan yang dihadapi kepada para pemimpin masyarakat supaya dapat mempercepatkan lagi penyaluran bantuan oleh agensi berkaitan,” titah Baginda yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Dalam pada itu, menurut siaran yang dikeluarkan MAIPs, setakat tengah malam semalam, sebanyak 149 buah rumah yang telah dilaporkan terlibat.

Tambahan dalam sebaran berkenaan, berdasarkan penyelarasan yang telah dilaksanakan antara pihak MAIPs dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis, tindakan lawatan bagi mengenalpasti segala keperluan bantuan dan kaedah penyaluran sumbangan telah digerakkan bermula dari semalam.

Buat masa ini, pihak MAIPs dan agensi-agensi berkaitan akan memberikan penumpuan kepada isu kediaman yang dihadapi oleh mangsa, manakala para peniaga yang terlibat disyorkan menyalurkan maklumat melalui persatuan masing-masing.

Pihak MAIPs juga berharap agar semua pihak menerima musibah ini dengan penuh sabar dan berdoa semoga ujian ini akan segera selesai dan digantikan dengan segala kebaikan. – SM

BACA PAUTAN 149 rumah dipukul angin ribut di Perlis

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button