Berita

Artikulasi cungkil bakat penulisan murid menerusi 5 kaedah – Radzi Jidin

Bengkel Penulisan Cerpen Dan Penerbitan Antologi Cerpen Penulis Cilik Peringkat Kebangsaan berpontensi untuk mengasah bakat penulisan murid.

Menerusi bengkel penulisan tersebut, para pelajar boleh mengasah bakat untuk menulis melalui pengamatan, pembacaan, pengalaman dan catatan serta daya eksplorasi mereka terhadap persekitaran.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzin Jidin, hasil bengkel tersebut, karya terbaik daripada segi penulisan, penceritaan dan pengembangan idea berdasarkan tema akan diplih untuk diterbitkan sebagai sebuah antologi cerpen.

“Ini merupakan salah satu usaha untuk memperbanyakkan bahan bacaan berbentuk kreatif yang dihasilkan oleh murid dan mengutamakan kandungan lokal.

“Selain itu, penerbitan buku ini juga akan memberi manfaat kepada industri perbukuan negara dengan koleksi kepustakaan berbahasa Melayu bertemakan lokaliti negeri serta manfaat kepada murid seluruh Malaysia untuk mengenali dan mendalami budaya melalui perkongsian silang budaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya di sini hari ini.

Radzin berkata demikian dalam majlis pelancaran Bengkel Penulisan Cerpen dan Penerbitan Antologi Cerpen Penilisan Cilik Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dewan Perdana Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16.

Dalam masa yang sama ‘Cerpen Penulis Cilik Semanis Jala Mas’ yang menghimpunkan 31 buah cerpen karya penulis cilik dari negeri Kelantan turut diberi perhatian istimewa.

Projek rintis ini dilaksanakan melalui kerjasama antara ITBM, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan dan Majlis Guru Besar Kelantan.

“Penerbitan buku ini juga merupakan penerbitan rintis kepada program yang dilaksanakan melalui
Bengkel Penulisan Cerpen (Penulis Cilik) sebelum in dan akan diteruskan dalam sesi di setiap negeri
sehingga lengkap 16 judul buku mewakili 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan di Malaysia.

“Penganjuran dan pelaksanaan program Bengkel Penulisan Cerpen dan Penerbitan Antologi Cerpen
Penulis Cilik Peringkat Kebangsaan in diharapkan dapat menanamkan raga, cinja kepada bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan melalui penulisan kreatif sejak usia muda,” katanya

Selain itu, program sebegini juga diharap mampu memberi manfaat kepada murid seluruh Malaysia mengenali dan mendalami budaya setiap negeri (silang budaya) melalui penerbitan dan pengedaran buku in yang akan diperluaskan ke seluruh negara.

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button