Nasional

Rasuah projek peralatan penyelamat, pegawai awam ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Putrajaya hari ini telah menahan seorang pegawai awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah ribuan ringgit daripada kontraktor berhubung pemberian kontrak pembekalan peralatan penyelamat bernilai lebih RM190,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.45 pagi ini di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Jelasnya, projek tersebut melibatkan pembekalan peralatan menyelamat kepada sebuah agensi pasukan penyelamat.

Bagaimanapun difahamkan suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas selesai memberi keterangan hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut. -SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button