Nasional

“Mana RM300 Kami? Dah Balik Mengundi Sampai Menang Kot,” – Anak Johor

Rania Ismail, 35, anak Johor yang berkerja di Klang meluahkan pertanyaan dalam media sosial di mana dia boleh menuntut RM300 sekiranya pulang mengundi.

“Kita bukannya nak hadap sangat RM300 tu tapi bayangkanlah.. kos untuk balik sahaja berapa, ambil cuti sahaja berapa, minyak dan tol lagi berapa.

“Kalau tak ambil cuti dan sedang bekerja, siap-siap boleh dapat OT lagi. Namun disebabkan ada pihak mendakwa balik mengundi boleh dapat RM300, sekarang apa cerita?” soal Rania.

Rania berkata demikian selepas persoalannya kepada pihak yang berkaitan ibarat tidak terjawab dan Rania serta ribuan lagi anak Johor lain terpaksa pulang semula ke bandar tempat mereka bekerja.

(Visited 1,173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button