Nasional

Tahniah! Malaysia capai 80% populasi dewasa lengkap divaksin – PM

MALAYSIA hari ini secara rasmi telah mencapai sasaran 80 peratus penduduk dewasa telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 sekaligus membentuk imuniti kelompok.

Kejayaan itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui Twitternya sebentar tadi.

“Tahniah! Malaysia mencapai 80% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi.

“Teruskan usaha kita perangi COVID-9. #LindungDiriLindungSemua,” ciap Ismail Sabri.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sehingga 11:59 malam tadi sejumlah 18.648 juta penduduk telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin.


Beberapa negeri telahpun mencapai sasaran 80 peratus penduduk dewasa lengkap divaksin.

Tertinggi Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mencatatkan 107 peratus, Labuan (98 peratus), Negeri Sembilan (94.3 peratus), Sarawak (89.1 peratus) dan Perlis (84.9 peratus).

Menghampiri sasaran tersebut adalah Terengganu (78.6 peratus), Melaka (77.9 peratus), Pulau Pinang (75.3 peratus) dan Johor (70.7 peratus).-SM

 

(Visited 50 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button