Hiburan

BTS raih pendapatan RM213.4 juta setahun

JANGAN main-main dengan kumpulan K-Pop BTS yang mempunyai begitu ramai peminat fanatik di seluruh dunia.

Kalau ada yang berniat untuk menghentam kumpulan ini, bersiap sedialah untuk diserang kembali dengan gerombolan peminat setia mereka.

Bukan Korea sahaja yang taksub dengan kumpulan yang mempunyai seramai tujuh ahli, malah negara maju seperti Amerika Syarikat juga mempunyai kumpulan peminat BTS yang digelar BTS ARMY.

Kegilaan peminat seperti ini sudah pasti akan menjanjikan keuntungan yang tinggi kumpulan tersebut.

Menurut laporan kewangan Forbes, BTS tersenarai antara 50 selebriti dengan bayaran tertinggi di dunia.

Laporan tersebut dikeluarkan pada semalam yang turut menyaksikan Kylie Jenner sebagai selebriti dengan bayaran paling tinggi semalam.

Menerusi laporan itu, pendapatan sebelum cukai BTS berjumlah RM213.4 juta yang menjadikan mereka berada di kedudukan ke 47.

Angka tersebut menurun sedikit berbanding pada tahun lalu yang menyaksikan BTS berada di kedudukan ke 43 dengan dengan jumlah pendapatan RM243.2 juta.

Selain itu, BTS juga merupakan satu-satunya selebriti Korea Selatan yang menempatkan diri dalam senarai 50 selebriti dengan pendapatan tertinggi dunia. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button