PembacaRencah Hidup

Labu sayong sejukkan rumah

Beberapa bulan kebelakagan ini Malaysia dilanda musim panas yang semakin melampau sehingga membawa maut.

Walaupun rakyat Malaysia diminta untuk mngurangkan aktiviti di luar namun kita juga tidak terlepas dari menahan haba kepanasan di dalam rumah.

Cara labu sayung sejukkan rumah

Ada yang sanggup membeli penyaman udara kerana tidak tahan dengan keadaan cuaca kini.

Pernahkan anda terdengar tentang labu sayong yang dijadikan perhiasan di rumah nenek dan atuk kita di rumah mereka?

Labu sayong ialah sejenis bekas air yang diperbuat dari tanah liat seperti belanga.

Ia dipanggil labu sayong kerana industri membuat labu sayong di sekitar bandar bandar kecil berhampiran Kuala Kangsar, Perak.

Buat masa ini labu sayung lebih kepada perhiasan rumah sahaja kerana ia merupakan salah satu hasil kraftangan terbaik di Malaysia.

Labu sayong bukan sekandar perhiasan semata-mata tetapi dikatakan air yang disimpan di dalam labu sayong ini lebih sejuk malah ia sedap diminum dari bekas lain.

Tahukah anda terdapat satu kajian yang dibuat oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), jika kita penuhkan air di dalam labu ini dan diletakkan di satu sudut rumah ia mampu untuk menyejukan suhu rumah secara tidak langsung suhu ambien dan kelembapan udara jauh lebih sejuk.

Ia terjadi oleh kerana penyejatan di permukaan dinding labu namun bergantung kepada ketebalan dinding labu dan jenis tanah liat yang digunakan untuk membuatnya.

Betapa khazanah warisan sebegini, fikiran orang dulu-dulu di luar kotak dalam membuat sesuatu yang bernilai.

Jadi pada anda yang mungkin tidak mampu untuk memasang penyaman udara, mungkin ada boleh dapatkan labu sayong ini di pasaran, harganya juga jauh lebih murah.

Malah warisan melayu kita akan sentiasa terjaga untuk generasi akan datang. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button