Rencah Hidup

Ebit Lew bayarkan sewa rumah “pelacur”

BUKAN seorang orang hidupnya sentiasa baik. Setiap orang pasti akan diuji. Begitu juga dengan seorang ibu tunggal yang terpaksa menjual diri demi untuk memberi makan dan tempat tinggal kepada empat orang anak termasuk seorang yang menghadap kelainan upaya (OKU).

Si ibu terpaksa mencari duit di lorong-lorong gelap selepas lebih setahun tidak memperoleh pekerjaan selepas kehilangan pekerjaan sebagai pembantu kantin.

Mungkin juga Allah mahu menyelamatkan dia, wanita itu kemudian ditangkap dan telah diremah atas kesalahannya melakukan aktiviti pelacuran.

Jika dia tidak ditangkap dan beritanya tidak disiarkan di media mungkin ramai yang tidak tahu nasib yang menimpa dirinya dan anak-anak.

Mengetahui kepayahan dan kesukaran yang dihadapi oleh wanita itu pendakwah bebas Ebit Liew tampil membantu.


“Memilih jalan salah dengan terlibat dengan pelacuran setelah setahun tiada kerja kantin dan menyara 4 orang anak. Seorang anak oku. Akak yang 17 tahun OKU lembam yang jaga adik-adik dan menguruskan adik-adik,” kata Ebit.

Bagi meringankan beban ibu tunggal dan anak-anaknya itu, Ebit menyatakan komitment untuk melangsaikan bayaran sewa rumah keluarga itu setiap bulan.

Sedih melihatkan rumah wanita tersebut yang tidak mempunyai apa-apa kemudahan dia turut terpanggil untuk menyumbangkan peralatan elektrik.

“Tadi saya belikan peti ais, mesin basuh, periuk nasi dan belikan barang dapur. Rumah langsung tiada perkakas. Cuma ada satu katil.

“Suka adik ni beli aiskrim dan jajan-jajan. Saya beri duit belanja buat mereka,” katanya.

Beliau hadir ke rumah wanita itu bersama-sama ketua kampung. Mereka turut membawa makanan basa untuk dimasak oleh anak sulung wanita itu.

Nasib wanita itu juga terbelas selepas menerima sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan.

“Saya beri duit belanja kepada ketua kampung dan juga buat adik-adik ni. Baik-baik adik-adik ni. Sempat berkongsi nasihat dan doa buat mereka. Ujian kerana kasih sayang Allah,” kata Ebit.

(Visited 252 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button