Rencah Hidup

Tun Sakaran Dandai dijangkiti Covid-19 meninggal dunia

Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai disahkan meninggal dunia pada jam 6 pagi, hari ini.

Pemergian Allahyarham disahkan anak ketiganya, Datuk Seri Nasir Sakaran. Jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan.

Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital swasta, sejak 18 Ogos lalu selepas dijangkiti COVID-19

Allahyarham, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah kemudiannya di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 24 Ogos lalu. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 12 orang anak.-SM

 


(Visited 69 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button