Kemalangan

4 maut dalam kemalangan NKVE

EMPAT orang termasuk dua wanita maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kereta di susur keluar Subang menghala ke Kelana Jaya di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) awal hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mangsa yang maut ialah P. Puvaaneshwaran, 28; Lai Mun Fai, 28; Eng Siew Hooi, 31 dan Leong Man Yuen, 27, manakala mangsa yang cedera ialah Heng Chan Yee, 28.

Norazam berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 4.11 pagi.

Beliau berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah Proton Wira Aeroback yang dipandu seorang lelaki dan sebuah kereta sedan Proton Wira dinaiki empat orang.

“Empat mangsa maut di tempat kejadian. Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam satu kenyataan.


(Visited 171 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button