Kemalangan

Dua beradik disahkan cacat kekal, terkena serbuk asid soda paip jiran

Nasib malang menimpa dua beradik apabila disahkan cacat kekal akibat terkena serbuk soda asid pencuci pada bahagian badan dan peha berpunca daripada kerja-kerja baik pulih sinki yang tersumbat.

Kejadian bermula apabila keluarga Nurul Hidayah sedang menikmati makan malam dan anak lelakinya bernama Muhammad Haidar Nordin berusia 9 tahun sedang menggoreng telur.

Namun tidak semena-mena seluruh ahli keluarganya dikejutkan dengan bunyi letupan dari dapur di mana paip singki jiran atas meletup serta disusuli jeritan anak lelakinya.

Manakala anak perempuannya Marisa Umaira berusia 7 tahun turut terkena tempias dari kemalangan itu.

Susulan dari kejadian tersebut mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa yang sedang dirawat di unit terapi ICU, mengalami kecederaan dan melecur tahap 3 pada bahu, kepala, dahi, badan, lengan dan peha manakala adik perempuannya pula turut melecur pada peha kanan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Namun Hidayah merasa terkilan apabila disuruh menarik balik laporan polis yang sudah dibuat, sebagai seorang ibu, dia bertegas mahu menuntut keadilan daripada pihak terlibat yang telah menyebabkan kecacatan kekal terhadap anak-anaknya.

(Visited 729 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button