Kemalanganpilihan

Jasad lelaki hilang Oktober lalu ditemui di Jalan Nenasi-Pekan

PADA 29 Oktober 2021, seorang lelaki, Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain dikatakan bertolak dari Pasir Gudang, Johor menuju ke Terengganu sekitar pukul 1.30 pagi.

Namun pada waktu yang sepatutnya Muhammad Iman Aqmar sampai ke destinasi, dia tidak muncul-muncul dan perkara itu disahkan oleh individu di tempat kerjanya.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat dan usaha pencarian dilakukan dengan meluas di seluruh laluan yang berkemungkinan dilalui Muhammad Iman Aqmar.

Mahu dijadikan cerita, kereta Grand Lavina dengan nombor pendaftaran WWF3187 yang dipandu Muhammad Iman Aqmar akhirnya ditemui pada 23 Julai 2022.

Yang menyedihkan, kereta tersebut ditemui di dalam sungai dan jasad Muhammad Iman Aqmar juga ditemui masih dalam berpakaian kerja.


Semoga Allah ampuni segala dosa-dosa Muhammad Iman Aqmar dan semoga perjalanan rohnya sentiasa beroleh rahmat yang membahagiakan. Takziah buat seluruh ahli keluarga.

(Visited 116 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button