Nasionalpilihan

Allahyarham Lajin banyak berjasa dalam mencorakkan hala tuju Bersatu

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengucapkan takziah kepada waris Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia, Datuk Seri Lajim Ukin, yang meninggal dunia pagi tadi.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, menyifatkan pemergian bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu sebagai satu kehilangan.

“Allahyarham adalah ahli politik berpengalaman dan banyak berjasa dalam mencorakkan hala tuju BERSATU yang dihargai seluruh kepemimpinan dan ahli parti.

“Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham atas pemergian orang tersayang. Semoga tabah melalui saat mendukacitakan ini,” katanya.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) BERSATU, Allahyarham adalah sahabat dan rakan seperjuangan yang saya kenali sejak sekian lama serta pernah bersama-sama berkhidmat dalam kerajaan sebelum ini.

Beliau yang mewakili parti dan Perikatan Nasional (PN) turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa bakti Allahyarham sepanjang bergelar AMT dan Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia.

Lajim yang juga bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.23 pagi tadi selepas dirawat akibat jangkitan COVID-19 sejak hampir dua minggu lalu, di Hospital KPJ Kota Kinabalu, Sabah.

Pemergian bekas Ahli Parlimen Beaufort itu disahkan isterinya, Datin Seri Normilah Siong.

Lajim, 66, dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19 ketika mendapatkan rawatan kerana kurang sihat sekembalinya dari lawatan kerja kerajaan negeri di Kudat, pada 12 Ogos lalu.

Tahap kesihatan beliau dilaporkan merosot selepas hampir seminggu dirawat, sebelum ditidurkan pada awal minggu ini. -SM

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button