Nasionalpilihan

KKMM akan pastikan ekosistem kreatif negara kembali aktif

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia akan memastikan ekosistem kreatif negara kita kembali aktif seiring dengan hasrat kerajaan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, industri kreatif adalah salah satu sektor industri yang paling banyak terkesan sejak pandemik Covid-19 bermula.

“Bawa minda kreatif ke depan. Berikan mereka tempat yang terbaik bersama aktiviti-aktiviti yang boleh menarik orang ramai.

“Minda kreatif mesti diberi keutamaan untuk mereka menjiwai ruang yang cantik dari segi estetik dan
sokongan yang cukup, bukan sekadar warung biasa, supaya mereka boleh cemerlang dan menyokong
pembinaan negara,” katanya.

Annuar berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke MyCreative Ventures (MyCreative) serta melakukan lawatan ke unit-unit di bawahnya iaitu Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) dan RIUH.

Sesi lawatan tersebut diadakan untuk berbincang dan memahami cabaran yang dihadapi oleh pengusaha dan pekerja kreatif serta sebagai tanda keprihatinan beliau dalam membantu menyelesaikan masalah membelenggu industri kreatif termasuk lah 10 subsektor di bawahnya.

Annuar berkata, dia yakin dengan kebolehan badan kerajaan seperti MyCreative, CENDANA dan RIUH dalam usaha membantu membaik pulih masa depan industri kreatif negara kita.

Jelasnya, kerajaan dan kementerian akan terus memberikan sokongan penuh kepada sektor kreatif dengan meletakkan sasaran yang signifikan untuk menjadikan industri kreatif negara kita sebagai sebahagian penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative, Cik Amylia Azlan berkata, pihaknya akan terus berusaha membantu pekerja industri kreatif.

“Ia juga sebagai memenuhi objektif utama penubuhan kami iaitu untuk sentiasa membantu peniaga kreatif dan pengamal industri kreatif supaya terus bertahan pada masa yang mencabar ini,” katanya.

Menerusi pelbagai program pinjaman mudah, geran dan inisiatif yang disediakan oleh MyCreative,
CENDANA dan RIUH sejak 2012, sebanyak 26,358 tenaga pekerja industri kreatif telah berjaya dibantu.

Ini termasuk menerusi Pelan PENJANA bagi Industri Kreatif dan Pakej Rangsangan Industri Kreatif
Malaysia (PRISMA). Kini Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) juga dibuka
untuk permohonan. -SM

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button