Nasionalpilihan

KPLB akan bincang dengan JPA untuk naik gred Pengurus PKD

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menaikkan gred pengurus Pusat Komuniti Desa (PKD).

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, cadangan kenaikan gred itu sesuai dengan peranan dan pengalaman mereka.

“Kita juga nak buat kajian bersama JPA untuk lanjut kontrak pengurus PKD kerana selepas kontrak mereka tamat perlu membuat permohonan semula, sebab mereka sudah berpengalaman dan nak kerja semula.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan sesi perjumpaan bersama Pengurus PKD seluruh Malaysia di Alor Setar semalam (Isnin).

Jelas Mahdzir. ketika ini gred bagi jawatan Pengurus PKD adalah N19 dengan kontrak selama setahun.

Kementerian juga katanya mencadangkan agar pengurus PKD diberikan tempoh kontrak perkhidmatan yang lebih panjang.

“Selepas kontrak mereka tamat, mereka buat permohonan baharu dan mereka dinilai selepas itu, kalau markah baik sambung lagi.

Tapi setiap kali kontrak nak habis mereka akan berfikir kena cari kerja baharu, jadi kesian juga kepada mereka.”

Tambahnya, kontrak perkhidmatan pengurus PKD mungkin boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun memandangkan kebanyakan mereka sudah berkhidmat lebih daripada lima tahun dan cukup berpengalaman.

Setakat ini terdapat 180 pengurus PKD di seluruh negara yang telah menjalankan sebanyak 4,402 program di PKD bertujuan membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Dalam pada itu, Mahdzir turut menzahirkan rasa gembira dengan kejayaan penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah yang berakhir Ahad lalu dengan mencatatkan kehadiran pengunjung lebih 115 ribu orang.

“Saya sangat berpuas hati dengan penganjuran Jelajah AKM dan ucapan terima kepada semua agensi KPLB, terima kasih kepada kerajaan negeri, pegawai terlibat,” ujarnya.

Artikel berkaitan > Penuhi kriteria Aspirasi Kampung Sejahtera – Mahdzir Khalid

(Visited 272 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button