Politik

Ahmad Fayhsal yakin Pas bersama Bersatu di Sabah

KETUA Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal Yakin Pas bersama Bersatu di Sabah.

Beliau berkata demikian ekoran UMNO membuat keputusan untuk meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dan kekal bersama dengan Muafakat Nasional (MN).

Justeru, untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi, Bersatu dikatakan akan menggunakan bendera PN bersama dengan Pas yang berwarna biru gelap.

Katanya, pada bendera tersebut akan tertulis perkataan ‘Perikatan Nasional’.

“Tidak mengapalah UMNO tidak mahu bersama kita, tetapi Pas bersama kita.

BACA > Peniaga pertikai tindakan video gerai burger Sungai Buloh – Suara Merdeka

“Kita akan bertembung pertama kali dalam PRN Sabah sebagai PN.

“Saya sudah bawa Armada (Angkatan Bersatu Anak Muda) Sabah untuk berjumpa dengan Muhyiddin Yassin (Presiden, Tan Sri) dan kita akan gunakan bendera kita.

“Bendera PN biru gelap dan juga ada tulisan Perikatan Nasional di PRN Sabah.”

Kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu seperti dipetik Malaysiakini hari ini menerusi satu video yang dikatakan tular dalam media sosial.

Tambah beliau, PRN Sabah bakal menjadi petunjuk sama ada Pilihanraya Umum Ke-15 akan diadakan sama ada dalam masa terdekat ataupun sebaliknya.

Jelasnya lagi, keputusan pilihan raya negeri di bawah bayu itu juga akan menentukan kekuatan PN dan Bersatu.

BACA > Tok Mat Hassan bertanding kerusi Parlimen Rembau pada PRU15 – Suara Merdeka

“Kalau kita menang PRN Sabah, pilihan raya boleh dibuat yang mungkin paling awal bulan 10 paling lewat bulan 2 mengikut kiraan peribadi saya,” ujarnya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah selepas Parti Warisan Sabah (Warisan) hilang sokongan sebagai kerajaan negeri.

Hal demikian susulan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) didakwa berpaling tadah memihak kepada bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Susulan itu, Bersatu dikatakan mahu bertanding 45 daripada 73 kerusi dipertandingkan dalam PRN Sabah.

Bagaimanapun, hal tersebut ditentang beberapa pemimpin UMNO termasuk Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Hamdan.

Ini kerana UMNO menegaskan akan bertanding di semua kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya umum yang lalu.

BACA > UMNO kekal kerusi, sangkal pandangan Bersatu Titiwangsa – Suara Merdeka

Namun, BN dan Bersatu dilaporkan membawa isu pembahagian kerusi DUN Sabah di meja rundingan bagi menyusun strategi sebagai satu pakatan dalam PRN tersebut. – SM

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button