Kemalangan

Kanak-kanak jatuh dalam sungai selepas main kereta mainan

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang menyiasat kejadian seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam Sungai Kinta ketika menaiki kereta mainan elektrik di taman hiburan, Kinta Riverwalk, di sini malam tadi.

Datuk Bandar Ipoh Rumaizi Baharin berkata, siasatan dimulakan sebaik menerima maklumat mengenai mangsa yang berjaya diselamatkan ibu bapanya dengan bantuan orang awam.

“Susulan kejadian itu, MBI telah mengeluarkan arahan untuk menutup operasi tunggangan kereta mainan elektrik kanak-kanak mulai hari ini,” katanya.

Tambahnya, MBI sebelum ini telah melantik sebuah syarikat untuk menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak di Kinta Riverwalk mulai 1 Jan tahun ini dan telah menetapkan garis panduan keselamatan untuk operasi tersebut.

Semalam, tular di media sosial satu video berdurasi 29 saat menunjukkan kereta mainan itu terjatuh ke dalam sungai dan kanak-kanak itu diselamatkan ibu bapa serta orang ramai sebelum sempat dihanyutkan arus sungai.


Sebuah ambulans turut dikesan di tempat kejadian untuk memberikan rawatan kepada mangsa.

 

(Visited 84 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button