Kemalangan

Anggota polis maut motosikal langgar tepi lori

Seorang anggota polis dari Putra Heights, Subang Jaya, Selangor maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 217.1 arah selatan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Kamarul Arif Mat Noor, 32, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supretendan Arshad Abu berkata, sewaktu kejadian mangsa yang menunggang motosikal Honda RS150R
berwarna biru dalam perjalanan pulang ke Kampung Musai, Bukit
Baru Melaka selepas selesai bertugas di Balai Polis Putra Heights pada pukul 12.00 tengah malam.

Menurutnya, berdasarkan pada maklumat awal mangsa pulang ke Melaka selepas diberitahu anaknya demam.

Beliau berkata, lori jenis Isuzu yang memuatkan barang perabot juga berada di laluan yang sama iaitu dari Damansara menuju ke Krubong, Melaka.


“Hasil siasatan di tempat kejadian kedua-dua kenderaan terbabit dari arah yang sama iaitu dari arah Utara menghala ke Selatan.

“Berdasarkan keterangan saksi yang melihat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila lori terbabit yang dipandu di lorong tengah telah mengubah haluan ke lorong paling kiri.

“Kebetulan Kamarul Arif berada di lorong paling kiri telah cuba mengelak ke kanan tetapi telah terlanggar bahagian belakang sebelah kanan lori tersebut,” ujarnya di sini hari ini.

Arshad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah diserahkan kepada Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat manakala pemandu serta kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelasnya, kenderaan yang terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan Puspakom dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – SM

(Visited 19 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button