Auto Travel

Moto Morini X-Cape 650 dan 650X 2022 kini di Malaysia

Harga RM39,999 dan RM43,999

SELEPAS pratonton Moto Morini X-Cape 650 2022 pada bulan Januari lalu, kini X-Cape 650 dan X-Cape 650X telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia, masing-masing berharga RM39,999 dan RM43,499. Harga yang diumumkan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran dan setiap Moto Morini di Malaysia disertakan dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 km dan boleh ditempah di pengedar-pengedah sah Moto Morini Malaysia bermula pada pertengahan Mei.

Didatangkan sebagai model CKD, terdapat tiga pilihan warna untuk model asas X-Cape 650 dan 650X – Dolomites Red, Monte Blance White dan Carrara Grey. Perbezaan antara dua X-Cape 650s adalah pada roda, 650X datang dengan roda jejari depan 19-inci dan belakang 17-inci, manakala varian asas mendapat roda aloi dalam diameter yang sama, dibaluti dengan tayar bersaiz 110/80 dan 150/70.

Kuasa untuk kedua-dua X-Capes adalah sama, 649 cc, dijana oleh enjin dua silinder yang dilengkapi dengan system penyejuk cecair mampu menghasilkan 59hp pada 8,250 rpm dengan tork 56 Nm pada 7,000 rpm serta dilengkapi dengan kotak gear enam kelajuan.

Untuk sistem brake X-Cape, ia dilengkapi dengan Brembo yang mampu melakukan brek dengan angkup dua omboh berkembar mengapit cakera terapung 298 mm pada roda hadapan dan angkup dua omboh dan cakera 255 mm di belakang. Bagi penunggang yang ingin menunggang untuk aktiviti “off road”, sistem ABS pada X-Cape 650 boleh dimatikan.

Suspensi hadapan pula adalah dari jenama Marzocchi dan monoshock boleh laras pramuat di belakang. Pencahayaan LED digunakan di seluruh X-Cape, dengan skrin TFT-LCD 7-inci memaparkan semua maklumat yang diperlukan, termasuk sambungan Bluetooth ke telefon pintar penunggang.

Dengan berat 213 kg kering, X-Cape 650 dilengkapi dengan tanki yang boleh mengisi 18 liter petrol. Ketinggian tempat duduk pula adalah 820 mm dengan jarak pelepasan tanah 175 mm. Saingan utama untuk X-Cape 650 di Malaysia adalah Suzuki V-Strom 650XT, berharga RM37,989. – SM

Baca artikel ini > Suzuki Malaysia lancar V-STROM 1050XT & Hayabusa

(Visited 701 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button