Hiburan

3 perkara buruk rosakkan peluang & keindahan filem Anwar: The Untold Story

Jika anda seorang pengkritik apa-apa filem, berhati-hatilah jika memasang niat untuk menonton filem Anwar: The Untold Story yang akan ditayangkan kepada umum bermula 18 Mei 2023.

Memang filem ini secara dasarkan memaparkan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari 1993 sehingga 1998 iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Namun penderitaan Anwar lakonan Farid Kamil – yang dijatuhkan karier politiknya kerana berlaku jujur dan menolak rasuah gagal direncahkan dengan baik sebagai doktrin.

Hal ini demikian kerana filem merupakan satu alat untuk mendoktrin pemikiran masyarakat namun sutradara Indonesia, Viva Westi telah merugikan peluang tersebut.

Penonton seharusnya pulang dengan perasaan geram melihat Anwar yang cuba dibunuh kerana menolak rasuah sebaliknya filem tersebut bagaikan suatu dokumentari.

Maka apa bezanya filem tersebut dengan dokumentari yang ada di RTM atau siaran Astro yang dialih bahasanya jika ia sekadar dibuat untuk orang menonton.

Penonton meletakkan harapan, keluar sahaja dari panggung, semangat mahu membanteras rasuah itu mampu ditiupkan, sekali gus memberi impak yang baik buat negara.

Sebaliknya ia tidak begitu menjadi kerana naratifnya disusun tanpa ada idea kreatif untuk memberikan rasa yang melampau iaitu keasyikan semasa menonton wayang.

Selain itu, berikut antara perkara yang buatkan beberapa penonton mengakui agak ‘potong stim’ sepanjang menonton filem Anwar: The Untold Story.

  1. Pelakon Indonesia ‘Try Hard’ Cakap Melayu
  2. Tiba-Tiba Ada Dokumentari
  3. Kulit Tak Licin, Nurul Izzah Tidak Cantik – SMBACA Filem Anwar: The Untold Story gagal menusuk kalbu
    BACA Apabila pelakon Indonesia ‘try hard’ cakap Melayu, rosak rencah filem Anwar?
(Visited 868 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button