Hiburan

Rasa bertenaga lepas ambil vaksin Sinovac – Nora Danish

Pelakon popular Nora Danish menyatakan dia tidak berhadapan dengan sebarang kesan sampingan selepas mengambil vaksin Sinovac.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya semalam, pelakon itu mengakui dia juga rasa lebih bertenaga.

“Ok Nora kan baru lepas ambil Sinovac, so far hari ni (semalam) tak ada side effect.

“Tangan pun tak lenguh dan saya rasa macam lebih bertenaga hari ni. Macam rajin sangat… ermmmm,” ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi Instagram miliknya juga pelakon berkenaan turut mendapat pujian kerana tidak memilih vaksin yang diberikan.

Sebelum ini, terdapat selebriti yang dikatakan telah menolak untuk mengambil suntikan vaksin gara-gara tidak mendapat Pfizer. -SM

(Visited 391 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button