Hiburan

Tom Cruise sewa dua kapal pelayaran buat kru produksi

TIDAK mahu penggambaran dilengahkan hanya kerana pandemik Covid-19, pelakon, Tom Cruise menyewa dua buat kapal persiaran khusus buat kru produksi filem terbaharunya.

Cruise bertindak demikian kerana tidak mahu kru produksi yang terlibat dalam filem itu berjangkit dengan Covid-19 sekaligus akan melengahkan tarikh tayangan filem aksi lakonannya.

Menurut sumber kru produksi, dua kapal tersebut disewa dengan harga berjumlah RM2.7 juta.

“Cruise tidak mahu melengahkan lagi sesi penggambaran dan mahukan ia selesai secepat mungkin supaya filem itu dapat ditayangkan tahun hadapan.

“Kapal persiaran itu akan dijadikan sebagai hotel kepada kru produksi supaya mereka tidak mempunyai hubungan dengan orang luar sewaktu sesi penggambaran dijalankan,” katanya.

Difahamkan, dua kapal persiaran yang disewanya ialah MS Fridtjof Nansen dan MS Vesteralen yang dimiliki oleh syarikat kapal persiaran Hurtigruten.

Kapal itu juga akan menempatkan 200 pekerja daripada Norwar dan 200 lagi pekerja antarbangsa yang akan berlabuh di jeti Hellesylt, Norway. -SM

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button