Hiburan

Sudah sebulan tidak tinggal bersama, isteri Shuk Sahar dalam proses failkan cerai

KONFLIK rumah tangga pelawak dan pengacara, Shuk Sahar sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila dia didakwa keluar bersama perempuan lain.

Hal ini didedahkan sendiri oleh isterinya, Rossa Sera atau dengan nama sebenarnya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah melalui perkongsiannya dalam laman media sosial Instagram miliknya.

Ketika dihubungi oleh wartawan, Rossa mengatakan bahawa dia dan suami sudah sebulan tinggal berasingan dan kini sedang berada dalam proses untuk memfailkan perceraian.

“Saya dalam proses failkan cerai terhadap Shuk dan saya nekad untuk bercerai kerana sudah hampir lima tahun saya bertahan dengan penderaan emosi ini.

Malah, sudah sebulan kami tidak lagi tinggal bersama,” katanya.


Rossa turut mendakwa dirinya sering dimanipulasi untuk memaafkan Shuk berkali-kali dan apabila kecurangannya terbongkar, pengikut sendiri yang berkongsi hal berkaitan suami kepadanya.

“Pelik kerana perceraian sudah dalam proses, kenapa mereka berdua tidak dapat bertahan sekejap dan semakin ligat?

“Sebagai isteri, pastinya saya mempunyai naluri mengenai kehadiran wanita lain ketika Shuk bekerja di Pulau Pinang,” ujarnya.

Dia menambah bahawa kali ini dia nekad untuk bercerai kerana selama tempoh sebulan berjauhan membuka fikirannya untuk berfikir dengan lebih mendalam.

“Shuk dengan perempuan itu memang banyak kali berpakat dan rasanya cukup kesabaran saya sehingga ke tahap ini sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Rossa berkata, keluarganya sama sekali tidak membenci atau menghakimi Shuk kerana segala keputusan yang dibuat terletak di tangannya. – SM

(Visited 42 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button