Hiburan

Kumin meninggal dunia, Ku2 kini jadi kenangan

PENYANYI dan pelawak kumpulan Ku2, Kumin meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Pemerguan Kumin atau nama sebenarnya, Khuzaimi Ismail disahkan oleh Persatuan Seniman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Azim Pandan Indah untuk dimandikan dan akan dikebumikan di Seri Menanti Negeri Sembilan,” katanya.

Pada Jumaat minggu lalu sepasukan Exco Seniman yang diketuai oleh Timbalan Presiden En Zuraini Kassim dan beberapa orang Exco telahpun menziarahi arwah kumin dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada arwah daripada pihak Seniman.

Sebelum ini, Kumin atau nama sebenarnya Khuzami Ismail pernah mendapat rawatan di Hospital Ampang awal bulan Ogos lalu setelah menghidap penyakit angin ahmar.

Sebelum ini, Kumin mula aktif dalam industri hiburan sejak era 1990-an bersama rakan baiknya Allahyarham Bob Kuman dengan menubuhkan kumpulan duo dikenali KU2.

Berbanding Allahyarham Kuman yang banyak berlakon, Kumin pula memilih lebih memberi fokus pada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi.

Selama membina nama bersama KU2, duo ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001). -SM

(Visited 831 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button