AgamaNasionalNegeri

Masjid medan bagi mengumpulkan bekal kerohanian – Raja Muda Perlis

MASJID adalah rumah untuk beribadah dan madrasah untuk mengenali ilmu, tempat kaum Muslimin bertemu dan berpisah. Masjid juga menjadi medan bagi mengumpulkan bekal kerohanian dan cahaya ilmu.

Marilah kita bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan mengembalikan keagungan masjid ke dalam hati kita.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama rombongan yang diketuai Baginda menunaikan solat jamaah di Masjid Ibadur Rahman di Chroy Metrey, Wilayah Kandal, Phnom Penh, Kemboja.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, memakmurkan masjid dengan menunaikan solat fardhu ibadah iktikaf merupakan sebahagian dari tanda-tanda keimanan seseorang.

Demikian titah Baginda selepas berkenan berangkat merasmikan pengunaan Masjid Ibadur Rahman yang berlangsung di Chroy Metrey, Wilayah Kandal, Phnom Penh, Kemboja.

Majlis tersebut dianjurkan oleh masjid berkenaan dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Pertubuhan Glokal Ihsan Malaysia.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenaan merasmikan penggunaan Masjid Ibadur Rahman di Chroy Metrey, Wilayah Kandal, Phnom Penh, Kemboja.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Mufti Kemboja, Oknha Kamaruddin Yusof; Setiausaha Kementerian Agama Kemboja, Yob Ahskary; dan Naib Presiden Koperasi Muslim Kemboja, Him Komry.

Hadir sama ialah Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.

Yob Ahskary dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan besar Pertubuhan Glokal Ihsan Malaysia bersama-sama MAIPs dan juga beberapa lagi rakan strategik kerana menyediakan dana secukupnya bagi menyiapkan kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf masjid itu.

Turut disalurkan ialah sumbangan tunai kepada seramai 151 orang anak yatim dan beberapa projek sampingan yang lain lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenaan disembahmaklum mengenai Masjid Ibadur Rahman di Chroy Metrey, Wilayah Kandal, Phnom Penh, Kemboja.

Him Komry pula memaklumkan bahawa koperasi mereka juga memerlukan bantuan dana bagi menjayakan sebuah Projek Pembinaan Sekolah Perempuan (Maahad Al-Banat) sebagai institusi pendidikan Islam secara perintis yang menggabungkan kurikulum pendidikan Islam dan juga akademik biasa.

Selesai majlis tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan untuk menyaksikan pengislaman saudara Islam baru seramai 20 orang.

Baginda menzahirkan agar Institusi-institusi Agama khususnya di negeri Perlis supaya terus memainkan peranan masing-masing bagi mengimarahkan masjid mengikut segala garis panduan yang telah ditetapkan.

Pihak masjid juga digalakkan untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti sukan dan riadah bagi menarik minat semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan jantina.

Secara tidak langsung mereka ini dapat menunaikan solat fardu secara berjemaah dan berazam untuk datang lagi ke masjid. – SM

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button