Nasional

Caj Tadika Mahal Sampai M40 Pening Kepala? Minta Suami Ajar Anak & Biar Isteri Bekerja!

Anak adalah kurniaan Allah SWT dan apabila ibu atau bapa berbuat sesuatu demi anak ikhlas kerana Allah SWT, percayalah Allah SWT akan gantikan rezeki itu dengan pelbagai cara.

Namun pada setiap awal tahun, ‘rumah sudah siap pahat masih berbunyi’, aduan ibu bapa di media sosial mengenai yuran pengajian anak di tadika megah bertebaran.

Menurut laporan Kosmo!, ada ibu bapa yang membuat perbandingan yuran tadika anak lebih mahal daripada yuran universiti awam.

Sebelum kita bersetuju bulat-bulat dengan persepsi ibu bapa moden, mari kita lihat perbezaan mengapa ‘rumah sudah siap pahat masih berbunyi’ terlebih dahulu:

  • Kos yuran pengajian universiti awam selama 3 tahun: Anggaran dalam RM21,000.00
  • Kos yuran pengajian universiti awam untuk tempoh setahun: Anggaran dalam 7,000.00

  • Kos yuran pengajian tadika swasta setahun (yang termahal): RM1,700.00
  • Kos yuran pengajian tadika swasta bulanan (yang termahal): RM345 x 12 = RM4,140.00
  • Kos yuran pengajian tadika swasta keseluruhan setahun (yang termahal): RM5,840.00

Daripada dua nilai anggaran ini, terlihat masih ada perbezaannya namun jurangnya tidak begitu kecil dan tidak begitu besar kerana hanya berbeza dalam RM1,160.00.


Pandangan baharu yang dibuat adalah yuran tadika swasta hampir menyamai yuran pengajian universiti awam dan kemahalan yuran tadika tersebut disebabkan beberapa faktor seperti:

  1. Sewa premis / bangunan untuk dibayar secara bulanan
  2. Bayar gaji guru tadika secara bulanan
  3. Bayar utiliti seperti bil air dan elektrik secara bulanan
  4. Pembelian barangan yang berkait aktiviti pelajar di sekolah

Maka dengan itu disarankan mungkin suami dalam golongan M40 ini berhenti hantar anak belajar di tadika swasta dan mengambil pendekatan untuk mengajar anak sendiri di rumah.

Sehubungan itu, nilai RM5,480 tadi bolehlah dibayar kepada diri sendiri dengan harapan anak-anak kurniaan Allah SWT tadi akan jadi pandai dengan acuan kita sendiri.

Atau boleh sahaja minta hanya isteri fokus bekerja atau kedua-duanya kekal bekerja namun selepas waktu bekerja, 8 malam hingga 12 malam fokus mengajar anak belajar jadi ‘orang’.

Ini adalah antara pilihan yang terpaksa kita pilih sama ada suka atau tidak kerana Allah SWT membuka banyak jalan dan memberi peluang untuk kita merancang.

Namun harus diingatkan juga.. dalam diri manusia ini ada juga elemen jasad, roh serta akal dan yang kita sibuk-sibuk hantar anak di tadika ini cuma melibatkan makanan untuk akal.

Kalau untuk jasad pula, makanan kita datangnya daripada sumber alam namun ibu bapa sering gagal memberi makan kepada rohani diri sendiri serta anak-anak.

Memberi makan kepada rohani tidak diajar di tadika awam mahu pun swasta, ia diajar daripada ibu bapa yang memahami kepentingan agama untuk keseluruhan hidup.

Sehubungan itu jangan hairan kepada ibu bapada daripada golongan B40 yang cukup makan akalnya, jasadnya serta rohaninya tidak mudah melenting apabila berdepan ujian Allah SWT.

Golongan yang sentiasa diuji akan melihat ujian besar yang tanda kepadanya sebagai tanda kasih dan sekiranya bersyukur, Allah akan berikan rezeki yang lebih berlipat kali ganda.

Dan percayalah yang sedang menulis ini juga antara golongan yang hantar anak di sekolah tadika dan baki akaun 7 Januari 2022 cuma tinggal RM97.20.

Dan penulis masih boleh tersenyum kerana percaya Allah SWT akan hadirkan rezeki yang lebih baik sekiranya kita ikhlas, sabar dan syukur.

Semoga Allah SWT memurahkan rezeki dan memudahkan urusan para ibu bapa yang iklhas, sabar dan syukur membesarkan anak-anak sehingga menjadi hamba Allah SWT yang bertakwa.

(Visited 157 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button