fbpx
Nasional

1,755 kes baharu, Sabah catat pertambahan 1,199 kes Covid-19

KES baharu Covid-19 melonjak ke 1,755 kes baharu dengan Sabah mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,755.

Sebanyak 741 kes di Sabah adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS).

Ini melibatkan Kluster PTS Tawau (372 kes), Kluster Penjara Sandakan (184 kes), Kluster Seberang Perai (162 kes), Kluster Tembok (10 kes), Kluster Penjara Kepayan (8 kes), Kluster Penjara Reman (3 kes), dan Kluster Benteng LD (2 kes).

Negeri lain yang menyumbang peningkatan kes adalah Pulau Pinang (192 kes), Selangor (164 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (59 kes), Negeri Sembilan (45 kes), Kedah (19 kes), Kuala Lumpur (17 kes) dan Sarawak (17 kes).

Sementara bilangan kes pulih pula sebanyak 726 kes menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 11,530 kes.


“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 279 kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurut Dr. Noor Hisham sebanyak tiga kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Bah Lada di Perak, Kluster Atap di Sabah dan Kluster Bah Sahabat di Terengganu.

Sementara tiga kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Mampulut, Fores dan Rengas.

Kluster Mampulut melibatkan daerah Keningau di negeri Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-32154) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Kompleks Sukan Keningau, Sabah.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 27 lagi kes positif Covid-19.

Kluster Fores melibatkan daerah Petaling, Gombak dan Klang di negeri Selangor serta daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25475) adalah kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang telah dikenal pasti positif COVID-19 pada 17 Oktober dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 19 lagi kes positif Covid-19.

Kluster Rengas melibatkan daerah Kuala Kangsar di negeri Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-36426 dan kes ke-36427) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala pada 4 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.

Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh lagi kes positif COVID-19.-SM

 

(Visited 45 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button