Nasional

Air: FB MB Selangor jadi tempat rakyat desak tutup kilang

FACEBOOK Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menjadi tempat warga Lembah Kelang yang terputus bekalan air meluahkan perasaan kesal dan geram terhadap kilang yang masih menjadi punca pencemaran air.

Hantaran terbaharu Amirudin di Facebooknya dua jam lalu menerima lebih 1,500 komen yang mahu Kerajaan Negeri tutup terus kilang terbabit. Ini kerana ia bukan kali pertama kilang berkenaan menyebabkan pencemaran air yang sekaligus menyusahkan rakyat.

“Kompaun lepas tu buang balik. Tak tegas langsung,kalau dengan rumah penduduk punya tegas tak ada kompromi, roboh je,” komen Mohd. Fairuz. 

“Kerap sangat air tak ada kat Selangor ni.. Tak habis-habis pencemaran air. Kilang-kilang ni yang dok buat punca pencemaran ni patut tutup je. Takat denda sebelah mata tauke-tauke bayar!” ulas Mohd. Johari.

“Rakyat pun dah naik jemu, tiap kali pencemaran berpunca dari kilang, tapi kilang-kilang tu masih teguh di tebing sungai berkaitan, akan datang akan berlaku benda yang sama, sakit ooo sekatan air tak berjadual ni setitik pun tak sempat tadah,” luah Ramli Noor.

“Kalau rumah kampung Subang kenangan tu kene roboh dengan alasan tepi sungai . Buat la macam tu kat kat kilang tepi sungai tu. Robohkan je la. Dengan rakyat Selangor terutama orang melayu berani la buat tak ada bincang-bincang lagi. Dengan tauke kilang berani dakwa je,” sindir Edan Morisson.

“Kami dah penat la YB. Kilang ni elok roboh je. Sebab dia, Selangor benci PH orang rolling cerita PH tak buat keja. Kilang ni penah di kompaunkan. Tak serik kilang tu,” kata Sky Wak.

“Setakat saman celah gigi jew geng dia orang boleh bayar. Bukan sekali dua kes cemar ni YB. Takkan cemar saman. Sampai bila pun tak selesai. Cuba gak tarik lesen. Sita kilang. Sampai bila rakyat yang seksa tak ada air YB,” komen Hasih Qabus.

Exco Alam Sekitar Selangor Hee Loy Sian hari ini berkata, kilang menyelenggara mesin dan jentera dipercayai menjadi punca pencemaran bau Sungai Selangor sehingga menjejaskan bekalan air 1.2 juta pemegang akaun.

Kilang tersebut yang pernah dikompaun RM60,000 atas kesalahan sama sebelum ini telah  disita sehingga tarikh dimaklumkan.

Siasatan awal Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mendapati kilang tersebut gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat ditetapkan selain menemui bau seakan-akan pelarut mengalir ke sungai.

Tujuh wilayah di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) negeri ini terpaksa dihenti tugas pagi ini.

Gangguan melibatkan wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

LRA Rantau Panjang dihenti tugas jam 7.15 pagi manakala LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) pada 9 pagi semalam.-SM

 

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button